Windows 365 Link Mula Dijual Pada Harga $350

TechnologyDigital
4 Apr 2025 • 7:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada November tahun lalu, Microsoft mengumumkan Windows 365 Link yang merupakan sebuah komputer mini dimana kesemua sistem operasi, perisian dan dokumen distrim daripada awanan. Minggu ini akhirnya Windows 365 Link mula dijual pada harga $350 (~RM 1553) kepada pelanggan di Amerika Syarikat, Australia, Jerman, Jepun, Kanada, New Zealand dan United Kingdom.

image is not available

Dengan semua fail diakses di awanan, ia meningkat sekuriti kerana fail tidak disimpan pada peranti fizikal serta dengan kos lebih rendah berbanding sebuah PC, ia boleh mengurangkan kos operasi sesebuah organisasi. Pengguna hanya perlu log masuk ke akaun Windows 365 perusahaan mereka, dan semua akan dimuatkan ke Windows 365 Link.

image is not available

Dari segi spesifikasi, Windows 365 Link boleh menyokong dua monitor 4K, 4 port USB, sambungan LAN, sokongan WiFi 6e, Bluetooth 5.3, dan sambungan ke aksesori komputer lain. Ia turut berkemampuan untuk memainkan video berkualiti tinggi, dan juga untuk melakukan sesi telesidang.