“Wings Datang Sehari, Takkan Terus Jah*nam”- Awie Jawab Tuduhan Jadi Punca Rakyat Kelantan Rosak

11 Oct 2022 • 6:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Ramai juga yang tak puas hati dengan konsert yang diadakan dekat Kelantan baru-baru ni ya. Walaupun Konsert Riuh Sokmo sudah diatur dengan mengasingkan tempat duduk penonton lelaki dan perempuan, ada juga yang masih tak puas hati.

image is not available

Ini apabila ada parti politik yang mendakwa konsert yang menampilkan kumpulan Wings itu bertentangan dengan dasar ‘Membangun Bersama Islam’ yang di bawa kerajaan negeri.

Jangan terlalu ekstrim…

Sedar dengan dakwaan berkenaan, penyanyi Wings, Datuk Awie meluahkan rasa kecewanya selepas turut dituduh menjadi punca kerosakan akhlak rakyat di Kelantan.

Jangan terlalu ekstrim menghalalkan atau mengharamkan sesuatu perkara itu. Bagi peluang dan ruang untuk mereka merasa sebelum ada perkara negatif berlaku.

Jangan salahkan Wings yang hanya datang sehari dan buat persembahan di negeri itu. Rakyat negeri itu terus itu jadi terjamin.

Hanya permainan politik…

Dalam pada itu, Awie turut melihat isu yang dinaikkan ini hanya sekadar permainan politik dan berharap agar orang ramai tidak terpedaya.

Ini sebenarnya permainan politik, jangan dengan penganjuran konsert begini dijadikan permainan politik, tidak elok.

Awie melihat masalah sosial ataupun jenayah yang berlaku di negeri ini sudah lama berlaku dan seharusnya semua pihak memikirkan cara untuk menanganinya dan bukan hanya menyalahkan konsert yang dianjurkan.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved