
Vivo V80 baru sahaja dilancarkan di India sebagai telefon kelas pertengahan baharu. Rekaannya menyerupai gaya yang dipopularkan oleh Apple dengan bonggol kamera besar memanjang. Tarikan utama peranti ini ialah sistem kamera ZEISS yang hadir dengan mod video khas serta pelbagai fungsi berasaskan AI.

Sistem kamera peranti ini merangkumi lensa telefoto ZEISS 50MP dengan sensor Sony IMX882, OIS, zum optik 3x dan zum digital sehingga 100x. Ia digabungkan dengan kamera utama 50MP ZEISS OIS yang menggunakan sensor Sony LYTIA 700V dengan sokongan OIS dan CIPA 4.5, serta ultra-lebar 8MP. Telefon ini turut menawarkan mod potret dengan zum sehingga 10x dan lima panjang fokus khusus termasuk 23mm, 35mm, 50mm, 85mm dan 100mm lengkap dengan kesan bokeh ZEISS. Kamera hadapan pula sebesar 50MP dengan auto fokus.

Tunjang utama peranti dikuasaI cip Snapdragon 7 Gen 4 dengan padanan memori 8GB RAM dan storan sehingga 512GB. Ia juga antara telefon pertama yang hadir dengan Origin OS 7 berasaskan Android 17 terus daripada kotak. Vivo V80 turut dilengkapi pengimbas cap jari bawah skrin, kalis air IP69, bluetooth 5.4, NFC serta sokongan eSIM. Bateri berkapasiti 7200mAh dengan sistem pengecasan pantas 90W dan skrin AMOLED 6.59” 144Hz 1.5K turut disediakan sebagai pelengkap.
Sumber: V80






