Wisma Putra Sahkan 4 Rakyat Malaysia Cedera Dalam Kejadian Bas Pelancong Terbabas Ke Dalam Tasik Di Norway

28 Dec 2024 • 2:29 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Empat orang rakyat Malaysia dilaporkan telah mengalami kecederaan setelah bas yang dinaiki mereka telah terbabas ke dalam tasik di negara Norway baru-baru ini.

Memetik laporan Berita Harian, dalam kejadian pada hari Khamis lalu itu, bas pelancong tersebut telah mengalami kemalangan berhampiran Tasik Asvatnet dan empat orang Malaysia yang terbabit itu telah cedera ringan.

Keempat-empat mereka difahamkan telah ditempatkan di Hotel Thon di Lofoten.

image is not available

Selain rakyat Malaysia, dalam kejadian tersebut, penumpang-penumpang bas itu terdiri daripada pelancong asing dari ngeara Perancis, Belanda, Singapura, China, India, Ukraine dan Sudan Selatan.

image is not available

Menurut laporan, bas terbabas kerana kejadian berlaku ketika cuaca buruk iaitu angin kencang dan salji yang tebal.

Keadaan cuaca buruk itu kemudiannya telah menyebabkan bas hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam tasik.

Kejadian tersebut juga telah menyebabkan tiga orang mangsa maut manakala empat lagi parah.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.