Wisma Putra: Tiga rakyat Malaysia di Aceh, Sumatera Utara gagal dihubungi

1 Dec 2025 • 7:19 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 1 DIS: Tiga rakyat Malaysia dilaporkan gagal dihubungi di Aceh atau Sumatera Utara sejak 27 November.

Menurut kenyataan Wisma Putra, Konsulat Jeneral Malaysia di Medan memaklumkan individu berkenaan berusia 63 dan 64 tahun terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita.

Katanya, mereka kali terakhir diketahui berada di kawasan utara Sumatera sebelum komunikasi terputus susulan cuaca buruk dan bencana yang melanda rantau tersebut.

“Pasukan konsulat kini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi menjejaki kedudukan mereka dan menyalurkan bantuan segera apabila ditemui,” menurut kenyataan itu.

Perkembangan ini berlaku ketika seorang lagi rakyat Malaysia, Asrul Nizam Apridwson, 30, hilang dalam insiden tanah runtuh di Padang Panjang, Sumatera Barat pada 27 November.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan oleh pihak berkuasa Indonesia dengan koordinasi konsulat.

Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan terjejas agar berwaspada, mengikuti perkembangan terkini, dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Keluarga yang menghadapi kesukaran menghubungi ahli keluarga digalakkan menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Medan melalui hotline +62 823-6164-6046 (24 jam) atau emel mwmedan@kln.gov.my.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved