“Woi, Ni Slow Dah Ni” – Netizen Tegur Talita, Jangan Biadab Dengan Ibu Tiri

EntertainmentLifestyle
14 Jul 2025 • 4:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkongsian terbaru isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal Shuib, iaitu Watie Hanifiah, bersama anak tirinya, Talita, menarik perhatian ramai netizen.

Dalam sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun Threads, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 37, berkongsi momen manis ketika meluangkan masa bersama anak-anak tiri.

Namun begitu, segelintir netizen memberikan reaksi kurang senang terhadap interaksi Talita dengan ibu tirinya, khususnya dari segi penggunaan bahasa yang disifatkan agak kurang sopan.

Menurut komen warganet, Talita dilihat melayani Watie seperti rakan sebaya berbanding sebagai seorang ibu, kerana gaya percakapannya yang terlalu santai dan bersahaja.

Dalam video tersebut, Watie dilihat meminta Talita untuk memperlahankan bunyi radio, namun gadis itu membalas dengan berkata bahawa radio itu sudah cukup perlahan.

Situasi itu menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen, ada yang menganggap ia sekadar gurauan biasa dalam hubungan mesra ibu tiri dan anak tiri, namun ada juga yang menyarankan agar batas dan adab tetap dijaga walaupun hubungan rapat.

image is not available

Watie sebelum ini sering berkongsi momen kebersamaan bersama anak-anak Shuib hasil perkahwinan terdahulu, dan dilihat berusaha membina hubungan harmoni dalam keluarga mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-07-14 14:58:32

"Datang Melenggang, Ambil Gambar Jaga Anak Untuk Konten" - Zehra Zambri Dedah Terpaksa 'Mengemis' Duit Nafkah & Belanja Anak

View Original Article