Logo KBS dan Bulan Sukan Negara berdaftar

19 Sep 2019 • 6:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menegaskan logo kementerian itu dan logo Bulan Sukan Negara berdaftar di bawah Akta Cap Dagangan 1976.

Unit Komunikasi Korporat KBS dalam kenyataannya berkata, sebarang penggunaan kedua-dua logo tersebut tanpa kebenaran kelulusan kementerian itu adalah tidak dibenarkan.

"Adalah ditegaskan bahawa penggunaan tanpa kelulusan KBS boleh menyebabkan tindakan undang-undang diambil mengaku Akta Perihal Dagangan 1972," katanya.

Menurutnya, borang permohonan penggunaan logo boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi.

"Permohonan lengkap perlu diserahkan melalui serahan tangan atau email permohonanlogo@kbs.gov.my," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen kecam logo Bulan Sukan Negara 2019


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved