Wujud Petisyen Kembalikan Tiga Gajah #DAK Dari Jepun, Ini Respon WWF Malaysia

29 Apr 2026 • 2:15 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

WWF-Malaysia mengambil maklum kebimbangan orang ramai berhubung kebajikan tiga ekor gajah Asia iaitu Dara, Amoi dan Kelat selepas dipindahkan dari Zoo Taiping & Night Safari ke Zoo Tennoji pada Mac 2026.

Menurut WWF-Malaysia, kebajikan hidupan liar merupakan aspek paling utama dalam setiap usaha pemuliharaan, termasuk melibatkan pemindahan haiwan.

Advertisement

image is not available

“Sebarang pemindahan haiwan liar, sama ada dalam negara atau ke luar negara, perlu dilaksanakan berasaskan sains, mematuhi piawaian kebajikan yang ketat serta mengikut garis panduan dan amalan terbaik pemuliharaan.”

“Kerajaan Negeri Perak memaklumkan bahawa pemindahan berkenaan adalah sebahagian daripada kerjasama pemuliharaan rasmi antara kedua-dua zoo. Proses tersebut telah dibincangkan sejak 2021 dan melalui beberapa peringkat semakan serta kelulusan, termasuk oleh PERHILITAN.”

Dalam masa sama, WWF-Malaysia menasihatkan orang ramai agar merujuk kepada maklumat rasmi daripada PERHILITAN bagi mendapatkan perkembangan yang tepat dan terkini.

Organisasi itu turut mengalu-alukan sokongan berterusan terhadap usaha pemuliharaan habitat semula jadi gajah, khususnya dalam menangani konflik antara manusia dan hidupan liar.

Terdahulu, satu petisyen dalam talian dilancarkan oleh rakyat Malaysia bagi mendesak ketiga-tiga gajah tersebut dibawa pulang ke negara ini. Usaha itu menerima perhatian meluas dengan orang ramai meluahkan rasa simpati terhadap nasib Dara, Amoi dan Kelat.

Difahamkan, petisyen berkenaan telah mengumpul kira-kira 149,000 sokongan, hampir mencapai sasaran 150,000 tandatangan yang ditetapkan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-04-28 15:20:56

Netizen Sebak Tengok Kelat, Dara Dan Amoi Seakan Faham Ketika Dipanggil Pelancong Malaysia - "Sedihnya, Mesti Mereka Rindu Penjaga Asal"

The post Wujud Petisyen Kembalikan Tiga Gajah #DAK Dari Jepun, Ini Respon WWF Malaysia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved