X Akan Menghentikan Circles Bermula 31 Oktober

TechnologyDigital
22 Sep 2023 • 10:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti yang diumumkan oleh Elon Musk sebelum ini, ciri Circles pada X akan dihentikan bermula 31 Oktober ini. Selepas tarikh tersebut ciri tidak lagi boleh diakses serta pengguna dalam Circles tidak lagi boleh ditambah.

image is not available

Circles diperkenalkan Ogos tahun lalu dengan ia membolehkan ciapan dikongsi kepada sehingga 150 orang sahaja. Dengan ini perkongsian yang lebih peribadi dapat dilakukan tanpa perlu risau dimasuki oleh individu yang tidak dikenali.

Langkah mematikan ciri ini diambil mungkin kerana tumpuan ingin diberikan kepada Communities pula. Ini bukan ciri pertama dimatikan oleh X. Sebelum ini ciri Fleets yang seakan Stories juga dihentikan keran tidak digunakan oleh banyak pengguna.