X Bakal Perkenal Sokongan Algoritma Dikuasakan AI – Pengguna Boleh Minta Ubah Melalui Grok

Digital
20 Sep 2025 • 8:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Elon Musk hari ini berkongsi mengatakan menjelang November 2025 kelak, X atau laman sosial yang dikenali dengan nama Twitter sebelum ini, akan menguasakan algoritma garis masa dan paparan perkongsian sepenuhnya menggunakan kecerdasan buatan. Algoritma ini juga akan ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka pada setiap dua minggu.

Menariknya adalah menjelang Disember 2025 ini, Elon Musk mengatakan pengguna platform sosial X boleh minta kepada Grok untuk menyesuaikan garis masa dan algoritma mereka secara dinamik, sekaligus memudahkan pengguna mengubah bentuk paparan kandungan pada garis masa masing-masing.

Dengan langkah ini, pengguna boleh lebih mengawal kandungan yang anda ingin lihat pada garis masa, sekaligus turut memperlihatkan X beralih kepada bentuk paparan dikuasakan algoritma pada garis masa, disamping pilihan melihat apa yang dikongsikan kawan-kawan.