X Memulakan Ujian Untuk Aplikasi Permesejan Kendiri X Chat – Alternatif WhatsApp Dan Telegram

TechnologyDigital
4 Mar 2026 • 2:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Berbeza dengan hasrat awal Elon Musk untuk menjadikan X sebagai aplikasi “Super”, kini nampaknya strategi berubah. Selain penawaran sokongan permesejan terbina pada aplikasi X, kini pihak X turut memulakan ujian tertutup untuk aplikasi permesejan khusus, dinamakan X Chat.

Ia dilihat menawarkan sokongan permesejan seperti pada X, dan memfokuskan sepenuhnya kepada permesejan, tanpa gangguan modul lain seperti platform sosial, dan lain-lain.

image is not available

Buat masa ini, X baru sahaja memulakan ujian X Chat ini di iOS, dan ia dijangka diperluaskan secara berperingkat. Sekiranya semuanya berjalan lancar, X mungkin memposisikan ia sebagai aplikasi permesejan khusus, sekaligus menyaingi WhatsApp dan Telegram. Aplikasi X Chat juga dijangka akan menambah sejumlah ciri tambahan, termasuk sokongan panggilan suara.

Bagi anda sendiri, apabila ia dilancarkan umum, adakah anda akan menggunakannya sebagai aplikasi permesejan utama? Selain X, aplikasi Daun baru sahaja menambah sokongan permesejan pada aplikasi utamanya.

— Michael Boswell (@mjboswell) March 3, 2026