Motorola Akan Menawarkan Peranti Dengan GrapheneOS

TechnologyDigital
2 Mar 2026 • 1:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Di MWC Barcelona, Motorala mengumumkan kerjasama rasmi dengan Graphene Foundation untuk menyokong sistem operasi GrapheneOS pada peranti keluaran mereka. GrapheneOS ialah OS berasaskan Android AOSP tetapi dengan sekuriti yang dipertingkatkan. Oleh sebab privasi ialah ciri utama, GrapheneOS ialah Android tanpa sokongan aplikasi Google secara terbina.

image is not available

Motorola tidak mengatakan bilakan peranti pertama dengan GrapheneOS akan ditawarkan dan sama ada ia peranti baharu ataupun perantis sedia ada dengan sistem operasi yang ditukar. Selain itu beberapa ciri pada GrapheneOS akan diperkenalkan pada peranti keluaran Motorola di masa hadapan.

GrapheneOS dilancarkan pada tahun 2019 dengan setakat ini hanya sebilangan kecil peranti menggunakannya seperti OSOM OV1 dan Nitrophone 2 yang merupakan Pixel 6 yang telah diubahsuai.