X Menambah Sokongan Penyuntingan Untuk Imej Yang Dijana Menggunakan Grok

TechnologyDigital
2 Feb 2025 • 10:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

X sebelum ini sedia menawarkan ciri penjanaan imej dikuasakan Grok, dimana hasilnya agak realistik berbanding beberapa penjana imej yang lain. Kini, tidak setakat itu, X melalui Grok kini turut menyertakan sokongan penyuntingan imej kepada gambar yang dijana kecerdasan buatan Grok.

Melalui kemaskini terbaru, Grok menambah sebuah butang khusus untuk menyunting gambar. Apabila klik padanya, pengguna boleh memasukkan arahan perubahan yang diperlukan pada gambar yang dijana – dan ia seterusnya akan menjana gambar baharu yang menggunakan gambar asas awal serta implementasi perubahan pada janaan baharu.

image is not available

image is not available

Kemaskini ini telah mula diperkenalkan kepada semua pengguna dengan akses kepada Grok, dan boleh dicuba hari ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved