X Mengemaskini Polisi Perkhidmatan Kandungan Digunakan Untuk Melatih AI – Termasuk Oleh Pihak Ketiga

TechnologyDigital
19 Oct 2024 • 8:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

X atau dulunya dikenali sebagai Twitter, kini dilihat telah mengemaskini polisi penggunaan perkhidmatan, sekaligus menambah perubahan membenarkan pihak ketiga untuk menggunakan kandungan yang dikongsikan anda – termasuk untuk tujuan melatih model kecerdasan buatan.

X telah mula memaklumkan pengguna dengan memperlihatkan pop-atas, yang perlu diterima oleh pengguna sebelum terus menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Dengan langkah ini, X mungkin memilih untuk menjual data kepada pihak ketiga dalam melatih model kecerdasan buatan masing-masing, sekaligus menambah pendapatan X sendiri.


Disamping itu, X turut menyatakan perkongsian seseorang pengguna mungkin masih boleh diakses di perkhidmatan lain, walaupun telah dipadam di X. Perkara ini mungkin untuk meliputi paparan di enjin carian, melalui perkongsian data untuk melatih AI, dan beberapa kaedah penggunaan lain.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved