X pada minggu ini membuat beberapa perubahan pada polisi mereka, termasuk bagaimana mereka mengawal ciri menghalang pada perkhidmatan berkenaan. Perkara ini dilihat membuatkan ramai yang tidak menyukainya, sekaligus mengambil langkah untuk beralih ke platform lain.
Platform yang dituju ramai sebagai ganti adalah Bluesky dan juga Threads. Di Malaysia sendiri, melalui penyenaraian di App Store, Bluesky menduduki tangga ke-8, sementara Threads di tangga pertama. Sementara pada Google Play Store pula, Threads masih mengekalkan tangga pertama, sementara Bluesky pada tangga ke-17.
Sementara pihak Meta tidak berkongsi berkenaan perkembangan angka pengguna di Threads, Bluesky baru-baru ini berkongsi mengatakan seramai 500,000 pengguna mendaftar pada perkhidmatan mereka dalam masa sehari sejak perubahan pada butang “Block” dilakukan oleh X.
Jikalau melihat pada kedudukan aplikasi sosial, X tidak menduduki tangga sepuluh teratas pada App Store, dan menduduki tangga ke-7 pada Google Play Store.
update: half a million new people in the last day welcome, いらっしゃいませ, 환영, bem-vindo!





