Ciri Block di X (Twitter) ialah cara paling mudah untuk menghalang akaun tertentu daripada muncul di susur masa atau pemegang akaun membaca ciapan anda. Sejak dari awal ciri ini diperkenalkan ia menjadi cara paling mudah untuk menapis kandungan yang tidak menyenangkan. Hari ini X telah mengubah bagaimana ciri Block berfungsi.
We are making changes to how block works.
If a user who has blocked you replies to one of your posts, you will now be able to see their reply. This change enables you to identify and report any potential bad content that you previously could not view, safeguarding both your…
Kini pemilik akaun boleh membaca komen yang ditinggalkan pada ciapan mereka walaupun akaun tersebut menghalang mereka. Dengan ini komen negatif yang mungkin ditinggalkan untuk menyakitkan hati masih boleh dibaca.
Menurut X ini ialah bagi membolehkan pemilik akaun melakukan laporan kepada sekiranya kandungan komen yang ditinggalkan melanggar polisi laman. Tindakan kemudian boleh diambil sekiranya komen yang ditinggalkan adalah melampau.
Beberapa bulan lalu Elon Musk berkata beliau kurang gemar dengan ciri Block dan berkata akan menghapuskannya. Langkah yang diambil hari ini ialah jalan tengah yang masih membenarkan ciri ini digunakan tetapi ikhlas kami katakan tidak pula pernah diminta pengguna laman.



