WhatsApp Perkenal Ciri Chat Filters Yang Menunjukkan Mesej Belum Dibaca

TechnologyDigital
17 Apr 2024 • 10:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WhatsApp mengumumkan ciri baharu Chat Filters yang akan menapis mesej perbualan yang diterima oleh pengguna. Menerusi Chat Filters aplikasi kini mempunyai tab untuk kesemua mesej, mesej yang belum dibaca dan mesej dari kumpulan yang disertai oleh pengguna.

image is not available

Dengan penapis ini, adalah lebih mudah untuk membaca mesej-mesej yang diterima tanpa perlu melihat susur masa yang mungkin agak panjang. Dengan sekilas pandang mesej yang diterima dapat dilihat mengelakkan isu terlupa membaca.

WhatsApp berkata ciri ini mula diberikan kepada pengguna hari ini tetapi pengenalannya kepada semua pengguna akan dilakukan secara berperingkat dalam minggu-minggu mendatang.