
X kini memperkenalkan cara baharu untuk pengguna menjana pendapatan melalui pelancaran Exclusive Threads. Dengan kemas kini ini, pengguna boleh menyembunyikan sebahagian ciapan di sebalik ‘paywall’ bagi mendorong lebih banyak langganan.

Sebagai contoh, mereka boleh menghasilkan satu bebenang dan kemudian mengunci bahagian akhir supaya pengguna yang berminat perlu melanggan untuk mendapatkan akses penuh. Langkah ini bukan sahaja menjadikan kandungan lebih eksklusif malah turut meningkatkan nilai langganan serta memberi peluang kepada pengguna untuk memperkukuh komunikasi dengan komuniti mereka.

Selain itu, paparan langganan kini diperbaharui agar lebih mudah difahami. Apabila pengguna menekan butang Subscribe akan muncul paparan yang menerangkan faedah langganan secara terperinci supaya pelanggan dapat memahami dengan lebih jelas. Pada masa yang sama, X turut memperkenalkan kad langganan baharu yang boleh dikongsi dan pautan tersebut membolehkan orang ramai melanggan terus melalui paparan kad yang dikongsi.

Kandungan eksklusif untuk pelanggan tidak lagi terhad dalam tab langganan semata-mata sebaliknya turut dipaparkan dalam suapan profil utama. Perubahan ini memberikan lebih banyak peluang kepada pengguna untuk mempromosikan kandungan mereka secara langsung kepada pengikut. Pada masa sama proses pendaftaran langganan dimudahkan dengan hanya dua langkah mudah manakala semakan permohonan juga dilakukan dengan lebih pantas..
The most powerful distribution channel in the world is Timeline. And today we're launching a new way to take full advantage of it to monetize your content.
— Nikita Bier (@nikitabier) March 5, 2026
Introducing Exclusive Threads
Here's an Exclusive Thread on why it's the best way to build a content business on the… pic.twitter.com/8TRYG1nVX1


