X Potong Pendapatan Pengiklanan Sehingga 80% Jika Mengumpan Klik dan Curi Kandungan

TechnologyOpinion
13 Apr 2026 • 11:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Laman X (dahulunya Twitter) kini bukan lagi yang terbaik jika anda inginkan maklumat terkini, berita terpantas dan maklumat dalam bentuk pendek sukar dibaca. Pengenalan langganan X Premium yang membolehkan pengguna menjana pendapatan menerusi pengiklanan menjadikan laman kini dipenuhi kandungan sampah, mengumpan klik, palsu dan mencuri topik tular daripada akaun lebih kecil.

image is not available

Isu ini nampaknya akan ditangani oleh X dengan mengenakan penalti potongan pendapatan pengiklanan sehingga 80% pada akaun yang menggunakan taktik di atas untuk menarik perhatian. Pada peringkat awal potongan 60% akan dikenakan. Sekiranya masih berterusan, potongan tambahan 20% akan dikenakan pada kitaran bayaran pengiklanan seterusnya.

Antara amalan lain yang tidak lagi dibenarkan ialah membanjiri susur masa dengan kandungan secara berterusan. Penggunaan frasa ‘ BREAKING‘ pada setiap ciapan untuk mendapatkan perhatian turut boleh dikenakan penalti yang sama.

Dengan pengenalan penalti pendapatan yang sangat tinggi ini, X berharapan kandungan yang lebih berkuasa dan asli akan dimuat naik oleh pengguna seperti era ia masih lagi menggunakan nama Twitter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved