X rosak? Bukan anda sahaja, ia terkesan di seluruh dunia

Digital
21 Dec 2023 • 2:25 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

[KEMASKINI 3.30PM: Nampaknya X telah pulih dan dapat digunakan seperti sediakala ]


Media sosial X atau nama lamanya Twitter, dilaporkan tidak boleh digunakan oleh semua pengguna di seluruh dunia. Ia tidak melibatkan pengguna percuma, malah pengguba berbayar juga dilihat berhadapan masalah yang sama.

Laman DownDetector menunjukkan, X (Twitter) dilaporkan bermasalah bermula pukul 1.18 petang waktu Malaysia.

image is not available

Walaupun pengguna dapat mengakses X, ruang suapan tidak menunjukkan sebarang status atau muat naik. Apa yang dipaparkan hanyalah ucapan selamat datang, “Welcome to your timeline” dan memaklumkan garisan masa ini kosong.

Sebelum ini, Elon Musk selaku pemilik X telah menetapkan had bacaan untuk pengguna, berdasarkan keahlian mereka. Ini membuatkan pengguna percuma ada had untuk membaca sejumlah ciapan sehari. Masalah hari ini agak serupa dengan had ini, tetapi malangnya ia turut memberi kesan kepada pengguna berbayar.

image is not available

Fungsi lain di X seperti DM masih dapat diakses, hanya suapan ciapan yang tidak kelihatan. Apa agaknya masalah Elon Musk kali ini?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved