Salah satu perkara yang kurang menarik pada X atau dulunya dikenali sebagai Twitter adalah lambakan perkongsian berbentuk spam dalam bentuk pautan produk atau affiliate – sekaligus menjadikan pengalaman penggunaan platform berkenaan kurang menarik berbanding pada suatu masa dahulu.
Kini, dalam usaha mengatasi masalah spam, X dilihat sedang membangunkan sebuah ciri baharu yang akan menghalang perkongsian pautan pada respon balasan setiap “tweet” di platform berkenaan.
X is working on the ability to let you disable links in the replies of your posts! pic.twitter.com/dddP0a8l5w
Melalui ciri ini, pemilik “tweet” atau perkongsian asal boleh memilih sama ada membenarkan pautan pada respon balasan mereka, atau mematikannya. Sekiranya dimatikan, maka tiada pautan yang akan dibenarkan pada respon balasan dibawah perkongsian asal.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan secara rasminya. Sementara ia boleh mematikan perkongsian berbentuk spam, tetapi ia juga mungkin membawa kepada masalah, dimana pengguna lain mungkin sukar membetulkan sesuatu fakta dengan memberikan pautan berita sebenar untuk sesuatu perkongsian yang menghalang pautan pada respon balasan.


