Perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China kini mula menunjukkan tanda akan berakhir selepas presiden kedua-dua negara bersetuju untuk berbincang. Hasilnya ialah Huawei kini boleh berurusniaga semula dengan syarikat dari A.S. Tetapi sebuah lagi perang perdagangan kini meletus pula di antara Jepun dan Korea Selatan.

Jepun mengawal 90% penghasilan poliamida berfluorin dan 70% pasaran resist dunia. Tanpa kedua-dua bahan kimia ini, impak ke atas syarikat yang menghasilkan pemproses dan skrin seperti Samsung adalah tinggi.
