Elon Musk sedia beberapa kali menggunakan terma “MacroHard” dalam perkongsian, selalunya untuk perli atau mengejek Microsoft. Tidak setakat itu, kini syarikat memfokuskan kecerdasan buatan bawah Elon Musk, iaitu xAI turut melakukan pendaftaran tanda dagang untuk nama “MacroHard”.

Mengikut perkongsian Elon Musk sebelum ini, mereka ingin membangunkan syarikat perisian multi-agen AI, dimana kecerdasan buatan janaan akan bekerjasama antara satu sama lain dalam meniru interaksi manusia dengan perisian, sehingga sesuatu hasil berkenaan menjadi sangat baik. Apakah bentuk penawaran sepenuhnya masih menjadi misteri, tetapi ia dijangka akan mengguna-pakai Grok.
Dengan pendaftaran tanda dagang ini, kita mungkin melihat Elon Musk mengumumkan atau berkongsi lanjut berkenaan dengan syarikat baharu ini tidak lama lagi.
We are creating a multi-agent AI software company @xAI, where @Grok spawns hundreds of specialized coding and image/video generation/understanding agents all working together and then emulates humans interacting with the software in virtual machines until the result is excellent.… https://t.co/RKztKVTq2e

