XAU/USD Forecast: Trader Perlu Bersedia Impak FOMC!

Business & Finance
16 Sep 2026 • 8:26 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

XAU/USD Forecast: Trader Perlu Bersedia Impak FOMC!

Harga emas kembali menjadi perhatian menjelang keputusan FOMC pada Rabu apabila pasaran bersedia menghadapi perubahan besar dalam volatiliti.

Emas kini bergerak sekitar $4,260 selepas mengalami tekanan jualan dalam sesi sebelumnya. Dari sudut teknikal, momentum jangka pendek masih belum benar-benar pulih selagi harga gagal kembali di atas zon $4,400.

Fokus utama pelabur esok bukan sekadar keputusan kadar faedah. Pasaran juga akan meneliti kenyataan dan unjuran Fed untuk melihat hala tuju kadar selepas mesyuarat ini.

Jika Fed mengambil pendekatan hawkish, iaitu memberi isyarat bahawa kadar faedah perlu kekal tinggi lebih lama, dolar AS dan hasil bon berpotensi meningkat. Keadaan ini biasanya memberi tekanan kepada emas.

Sebaliknya, nada dovish boleh memberi ruang kepada emas untuk kembali menguat jika Fed memberi isyarat bahawa kitaran kenaikan kadar semakin hampir ke penghujungnya.

Senario XAU/USD Selepas FOMC

 

Dari sudut teknikal, $4,260 menjadi support utama untuk diperhatikan. Jika paras ini bertahan, emas masih mempunyai peluang untuk membuat lantunan sebelum keputusan FOMC.

Namun, jika $4,260 ditembusi dengan momentum yang kuat, tekanan jualan berpotensi berlanjutan ke sekitar $4,220.

Di bahagian atas pula, $4,400 menjadi resistance penting. Penembusan kawasan ini akan mengubah momentum jangka pendek kepada lebih bullish dan membuka ruang untuk harga menguji $4,440 hingga $4,500.

Image from: XAU/USD Forecast: Trader Perlu Bersedia Impak FOMC!

Intraday Outlook

[chart pair=”xauusd” period=”D1″]

Menjelang FOMC, bias emas kekal berhati-hati dengan fokus kepada reaksi harga di sekitar $4,260 dan $4,400.

Jika Fed mengambil pendekatan hawkish, iaitu menaikkan kadar 25 mata asas dan memberi isyarat bahawa kadar faedah perlu kekal tinggi lebih lama, dolar AS dan hasil bon berpotensi meningkat.

Keadaan ini boleh memberi tekanan kepada XAU/USD, terutama jika harga gagal bertahan di atas support $4,260. Penembusan paras tersebut berpotensi membawa emas turun ke sekitar $4,220 dan seterusnya $4,180.

Sebaliknya, jika Fed mengambil nada dovish, walaupun kadar dinaikkan 25 mata asas, tetapi memberi isyarat bahawa kitaran kenaikan kadar semakin hampir ke penghujungnya, emas berpotensi mendapat momentum baharu.

Dalam situasi ini, penembusan resistance $4,400 boleh membuka ruang untuk XAU/USD menguji $4,440 hingga $4,500.

Dengan volatiliti yang dijangka meningkat selepas keputusan, pergerakan pertama tidak semestinya menjadi arah sebenar. Trader perlu melihat bagaimana harga bertindak selepas pasaran mencerna kenyataan Fed sebelum menentukan posisi seterusnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved