Xavi Hernandez bimbing Belanda

FootballSports
13 Aug 2026 • 3:50 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Xavi Hernandez bimbing Belanda

PARIS: Xavi Hernandez menjadi jurulatih asing pertama pasukan Belanda dalam tempoh 48 tahun selepas dilantik sebagai pengganti Ronald Koeman untuk mengendalikan skuad kebangsaan negara itu.

Legenda Barcelona itu, yang menjulang trofi Piala Dunia 2010 bersama Sepanyol sebagai pemain, tidak lagi memegang jawatan ketua jurulatih sejak meninggalkan Camp Nou pada 2024.

Hernandez menandatangani kontrak selama empat tahun, sekali gus menyaksikan beliau akan membimbing skuad Oranje dalam kempen Euro 2028 dan Piala Dunia 2030.

“Sebagai seseorang yang mendapat pendidikan bola sepak di akademi Barcelona, dengan pengaruh kuat daripada Johan Cruyff dan Rinus Michels, saya merasakan hubungan istimewa dengan bola sepak Belanda.

“Anda boleh katakan saya sedikit sebanyak adalah anak kepada bola sepak Belanda.

“Jurulatih hebat lain, khususnya Louis van Gaal, yang memberi saya peluang melakukan penampilan sulung di Barcelona, serta Frank Rijkaard, turut memainkan peranan penting dalam membentuk saya sebagai pemain dan jurulatih.” kata Hernandez

Koeman meletakkan jawatan selepas tempoh keduanya mengendalikan Belanda berakhir dengan kekalahan penentuan penalti kepada Maghribi pada pusingan 32 terakhir.

Bekas pengurus Liverpool, Arne Slot, dilaporkan mengadakan rundingan awal dengan persatuan bola sepak Belanda, namun memilih untuk kekal dalam pasukan kelab.

Perlawanan pertama Hernandez selaku jurulatih Belanda adalah aksi Liga Negara-Negara menentang seteru, Jerman, di Johan Cruyff Arena, Amsterdam pada 24 September ini.

Beliau menjadi jurulatih asing pertama Belanda sejak Ernst Happel dari Austria, yang membimbing pasukan itu ke final Piala Dunia 1978 sebelum tewas kepada Argentina.

“Belanda mempunyai budaya bola sepak yang kaya dan visi yang jelas yang sangat menarik minat saya. Bola sepak menyerang berasaskan penguasaan bola, kreativiti, semangat dan keyakinan.

“Sudah tentu matlamat paling penting dan akan sentiasa begitu adalah untuk menang, tetapi saya lebih suka melakukannya dengan cara yang mencerminkan ciri-ciri itu dan dapat dinikmati oleh peminat,” kata Hernandez.-AGENSI

 

The post Xavi Hernandez bimbing Belanda appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved