
Susulan insiden pada Race 1 di pusingan kelapan WorldSBK di Balaton, Hungary, pelumba Honda, Iker Lecuona disahkan mengalami kecederaan patah pada lengan kiri dan tidak dapat meneruskan aksi hujung minggu tersebut.

Honda Racing Corporation (HRC) telah mengesahkan bahawa Xavi Vierge akan menggantikan tempat Lecuona dalam pasukan factory “Honda HRC” bagi perlumbaan Suzuka 8 Hours 2025, yang akan berlangsung pada 3 Ogos nanti.
Vierge akan bergandingan bersama Takumi Takahashi dan Johann Zarco. Beliau bukan asing dalam perlumbaan ini selepas menjadi sebahagian daripada barisan pelumba yang menjuarai Suzuka 8 Hours pada 2023.
HRC turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Lecuona untuk proses pemulihan yang cepat.
The post Xavi Vierge Gantikan Lecuona di Suzuka 8 Hours 2025 appeared first on TW Media.
