Xbox Akan Memperkenalkan Copilot For Gaming Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
14 Mar 2025 • 3:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Copilot ialah teknologi AI keluaran Microsoft yang boleh dimanfaatkan pada pelbagai perkhidmatan sedia ada oleh syarikat tersebut. Ia dapat dilihat pada sistem operasi Wiindows 11, perisian produktiviti pejabat Microsoft Office, Microsoft Teams dan sebagainya.

Terkini, Xbox akan memperkenalkan pembantu maya Copilot pada konsol Xbox dan juga untuk peranti pintar, dan mungkin kelak akan diintegrasi pada PC untuk membantu pengguna melepasi halangan-halangan yang mungkin terlalu sukar untuk mereka.

image is not available

Apa yang diperlihatkan pada podsiar Xbox membolehkan pengguna untuk meminta bantuan bagaimana untuk melakukan sesuatu dalam permainan, atau bagaimana mahu melepasi sesuatu tahap ataupun bagaimana untuk melawan bos. Copilot juga boleh menunjukkan panduan yang boleh dibaca untuk melepasi mana-mana halangan yang tidak boleh dilepasi.

Microsoft dijangka akan memperlihatkan butiran lebih lanjut mengenai ciri Copilot untuk Xbox ini di acara GDC 2025 tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved