Xbox Buang 3200 Pekerja dan Menjual 5 Studio

GamingBusiness & Finance
7 Jul 2026 • 9:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti ura-ura yang didengari sejak dua minggu lalu, Xbox telah memulakan proses membuang lebih 3200 pekerja sebagai langkah. penyusunan semula perniagaan permainan video Microsoft. Pembuangan kerja tidak lagi boleh dielakkan selepas CE0 Xbox, Asha Sharma mengatakan operasi Xbox tidak lagi mampan kerana pendapatan yang merosot sejak lima tahun kebelakangan ini.

Image from: Xbox Buang 3200 Pekerja dan Menjual 5 Studio

Daripada 3200 pekerja yang dibuang, 1600 akan hilang mata pencarian mereka hari ini dengan baki 1600 lagi akan dibuang dalam bulan-bulan mendatang. Pembuangan akan melibatkan kakitangan di Activision, Bethesda/ZeniMax, Blizzard, King, Mojang, dan Xbox Game Studios.

Sementara studio Compulsion Games, Double Fine, Ninja Theory, Undead Labs dan Arkane Lyon pula akan dijual. Setakat ini hanya Compulsion Games dan Double Fine disahkan akan beroperasi sebagai studio sendiri. Ninja Theory dan Undead Labs dijual kepada pembeli yang belum diumumkan.

Projek Senua dan State of Decay 3 yang sedang dibangunkan akan diteruskan seperti dirancang. Yang menjadi persoalan hanyalah Arkane Lyon kerana undang-undang EU membuatkan proses pembuangan serta penjualan berbeza.

Dalam nota yang dikongsi ke media sosial oleh Asha Sharma, beliau mengesahkan proses tetapan semula Xbox akan dilakukan serta merta. Antara perubahan yang akan dilakukan ialah mengurangkan lapisan pengurusan, mengurangkan perbelanjaan kepada vendor, dan menyatukan pengurusan antara studio yang dimiliki.

Sumber – Xbox Wire

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved