Microsoft Buang 4800 Pekerja – Bukan Disebabkan AI

TechnologyBusiness & Finance
7 Jul 2026 • 10:01 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bukan hanya 3200 kakitangan Xbox dibuang kerja pagi ini kerana mereka adalah antara 4800 yang hilang mata pencarian di bawah usaha penyusunan semula syarikat. Pusingan pengurangan pekerja kali ini mendatangkan impak kepada 2.1% pekerja global Microsoft.

Image from: Microsoft Buang 4800 Pekerja – Bukan Disebabkan AI

Timbalan Presiden Microsoft, Amy Coleman mengatakan kakitangan yang dibuang hari ini tidak disebabkan oleh impak penggunaan kecerdasan buatan (AI). Tetapi ia disebabkan oleh perubahan industri dan pelanggan Microsoft.

Pada April lalu Microsoft dilaporkan menawarkan persaraan awal kepada kakitangan terpilih. Tahun lalu pula hampir 15,000 dibuang dengan AI dijadikan alasan kerana automasi menggantikan manusia.

Di Xbox, 1600 kakitangan akan kehilangan kerja hari ini dengan baki 1600 lagi dibuang dalam masa beberapa bulan lagi. Disamping itu studio Compulsion Games, Double Fine, Ninja Theory, Undead Labs dan Arkane Lyon pula akan dijual.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved