Xbox Dilaporkan Mula Menguji Ciri Pendigitalan Cakera Padat Permainan Xbox One

TechnologyGaming
13 Jul 2026 • 1:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada minggu lepas, kami telah melaporkan bahawa Xbox akan menguji ciri pendigitalan permainan video fizikal dengan memindahkan pelesenan permainan tersebut kepada versi digital yang dinamakan Positron.

Ia dilaporkan bahawa permainan fizikal Xbox Series S/X dan Xbox One akan menerima sokongan ciri ini. Selepas diubah menjadi digital, ia boleh diakses dalam stor sama seperti permainan digital yang lain. Ia kemudiannya boleh diakses pada konsol Xbox, konsol mudah, PC atau distrim menggunakan perkhidmatan awanan.

Image from: Xbox Dilaporkan Mula Menguji Ciri Pendigitalan Cakera Padat Permainan Xbox One

Brad Rossetti, ketua program Xbox Insider baru-baru ini telah mengumumkan bahawa sebuah kemaskini besar akan diperkenalkan untuk pengguna program Xbox Insider pada minggu hadapan. Tiada butiran tambahan yang diumumkan mengenai kemaskini ini, akan tetapi jangkaan ramai ialah ia berkaitan dengan ciri Positron.

Jika benar, pengguna kelak dapat melihat bagaimanakah ciri ini berfungsi, membenarkan pemilik cakera permainan video Xbox Series X/S dan Xbox One untuk memainkan permainan-permainan tersebut secara digital. Sayangnya, ciri ini juga nampaknya hanya ditawarkan untuk dua siri konsol tersebut, tetapi tidak pada Xbox 360 dan Xbox asal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved