Xbox Series S/X Dinaikkan Harga Sehingga 48%

TechnologyGaming
3 Aug 2026 • 2:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xbox Series S/X Dinaikkan Harga Sehingga 48%

Microsoft menaikkan harga konsol Xbox Series X dan S di seluruh dunia hujung minggu lalu selepas rancangan menaikkannya diumumkan pada bulan Jun. Kenaikan harga adalah berbeza mengikut pasaran dengan ia adalah antara 33% ke 48.6% dengan peningkatan harga paling tinggi berlaku di United Kingdom. Kenaikan tidak lagi boleh dielakkan kerana kos menghasilkan setiap konsol naik mendadak disebabkan kekurangan RAM di pasaran.

Model KonsolStoranHarga SemasaHarga AsalPeningkatan
Xbox Series S
(Digital)
512 GB£429.99£299.99+£130.00 (+43.3%)
Xbox Series S
(Digital)
1 TB£519.99£349.99+£170.00 (+48.6%)
Xbox Series X
(Digital)
1 TB£619.99£449.99+£170.00 (+37.8%)
Xbox Series X
(Cakera)
1 TB£669.99£499.99+£170.00 (+34.0%)

Dengan kenaikan harga ini, Microsoft mengikut langkah Sony dan Nintedo yang turut menaikkan harga PlayStation dan Switch 2. Masih belum diketahui sehingga bila harga ini boleh dikekalkan kerana harga RAM diramalkan akan meningkat sehingga 20% lagi menjelang tahun ini. Walaupun Xbox tidak dijual secara rasmi di Malaysia, impak akan tetap dapat dirasakan kerana konsol di Malaysia diimport dan harga jualan selepas ini pasti lebih tinggi berbanding pasaran lain.

Bagi Microsoft, peningkatan harga pasti akan mendatangkan impak ke atas jualan konsol yang semakin perlahan walaupun selepas harga PlayStation dinaikkan. Bagi mereka yang sudah membeli konsol lebih awal ini tidak akan mendatangkan impak. Tetapi dengan konsol generasi baharu ditangguhkan kerana krisis RAM, pendapatan Microsoft, Sony dan Nintendo pasti akan terkesan jualan perkakasan akan susut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved