Permainan Klasik Xbox Kini Boleh Dimainkan Di PC Windows

TechnologyGaming
23 Jul 2026 • 10:43 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Antara ciri yang sama mahu disokong pada konsol lain ialah membawakan ciri memainkan permainan lama pada konsol baharu (backward compatability). Xbox sudah lama menjadikan ia antara ciri utama menjadikan langganan Xbox Game Pass sangat berbaloi. Permainan lama daripada era Xbox asal masih boleh dimainkan di Xbox Series S/X menerusi ciri ini.

Image from: Permainan Klasik Xbox Kini Boleh Dimainkan Di PC Windows

Hari ini Xbox mengumumkan mereka telah mengembangkan sokongan menjalan permainan klasik Xbox ke PC Windows. Ia dimulakan dengan empat permainan klasik Blinx: The Time Sweeper, Fuzion Frenzy, Crimson Skies, dan Conker: Live and Reloaded.

Apabila dimainkan di PC, ia akan menerima sokongan resolusi dinaikkan sehingga 4X, V-Sync, Anisotropic filtering, AA dan Xbox Play Anywhere + Cloud Saves. Ini akan menjadikan permainan yang berusia lebih 20 tahun ini kelihatan lebih moden.

Lebih banyak permainan klasik akan disokong di masa hadapan. Bagi peminat permainan klasik sokongan rasmi terus daripada Xbox adalah jauh lebih baik berbanding menggunakan perisian emulator dan memuat turun ROM secara haram.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved