Xiaohongshu Dihukum Di China Kerana Mempromosikan Topik Tidak Berfaedah Seperti Gosip Artis

Digital
12 Sep 2025 • 11:59 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaohongshu atau dikenali sebagai Buku Merah menjadi aplikasi tular awal tahun ini selepas TikTok diharamkan di Amerika Syarikat untuk seketika. Penghijrahan “pelarian siber” dari Amerika Syarikat ke Xiaohongshu menjadi topik perbualan internet sebelum ianya reda sejurus selepas Presiden Trump membenarkan TikTok kembali beroperasi.

image is not available

Minggu ini, Xiaohongshu telah dihukum oleh Pentadbiran Ruang Siber China (CAC) kerana didapati bersalah mempromosikan topik tidak berfaedah kepada pengguna seperti berita gosip kehidupan artis. Menurut CAC, Xiaohongshu gagal menunaikan tanggungjawabnya dalam menguruskan kandungannya sehingga menjejaskan ekosistem atas talian. CAC telah mengeluarkan amaran kepada platform, mengarahkannya untuk menyelesaikan isu ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Apakah hukuman yang dikenakan ke atas Xiaohongshu tidak pula dinyatakan oleh CAC. Platform lain yang dihukum CAC pernah menerima penggantungan operasi ataupun denda. Tidak seperti di negara lain, platform media sosial China dikawal ketat dengan algoritma saranan kandungan dipantau pihak berkuasa.

Kandungan anti kerajaan adalah dilarang sama sekali. Malahan kandungan berbentuk tahyul seperti hantu juga dilarang kerana dilihat tidak memberikan impak positif kepada masyarakat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved