Xiaohongshu Dilaporkan Dinilaikan Sekitar $20 Bilion

TechnologyDigital
16 Jan 2025 • 9:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaohongshu atau turut dikenali sebagai “RedNote” merupakan salah satu aplikasi yang popular dalam kalangan komuniti yang bercakap bahasa Cina, termasuk di Malaysia. Malah, pada minggu ini ia turut menjadi tumpuan ramai disebabkan ramai pengguna Amerika Syarikat mencuba aplikasi Xiaohongshu disebabkan oleh situasi TikTok yang mungkin diharamkan.

image is not available

Terbaru, Bloomberg melaporkan pemegang saham terbesar Xiaohongshu kini dalam perbincangan untuk menjual sejumlah pegangan mereka, pada nilai sekitar $20 bilion. Antara pihak yang dikatakan berminat adalah Tencent, serta beberapa syarikat lain.

Ia dikatakan masih pada peringkat awal perbincangan, dan terdapat kemungkinan pemegang saham tidak menjual pegangan disebabkan situasi TikTok yang menguntungkan Xiaohongshu – sekaligus mungkin membawa kepada nilai lebih tinggi.

Xiaohongshu sebelum ini telah dimulakan pada 2013 yang lepas dengan menawarkan sejumlah panduan kepada pelancong. Kini, ia mempunyai sekitar 300 juga pengguna aktif. Pihak Bytedance sendiri sedia mencuba penawaran lebih kurang sama melalui Lemon8, namun ia masih kurang popular jikalau dibandingkan dengan TikTok.