TikTok dijangka akan diharamkan sepenuhnya di Amerika Syarikat pada 19 Januari ini, dan jika anda mengikuti trend-trend di internet, anda pasti telah mendengar tentang ramai rakyat Amerika Syarikat yang telah mula memuat-turun perisian media sosial Xiaohongshu untuk menggantikannya.
Aplikasi Xiaohongshu boleh dimuat-turun di semua platform mudah alih secara global, akan tetapi antaramuka aplikasi tersebut masih lagi dalam bahasa Mandarin, dan rata-rata majoriti pengguna platform tersebut juga akan membuat hantaran dalam bahasa tersebut.
Learning Mandarin out of spite? You're not alone.
We’ve seen a ~216% growth in new Chinese (Mandarin) learners in the US compared to this time last year. https://t.co/9hzwBxfTgD pic.twitter.com/qWM9f5oFYA
Oleh kerana ini, ia dilihat juga bahawa terdapat ramai rakyat Amerika Syarikat yang telah mula mempelajari bahasa Mandarin. Duolingo, aplikasi pembelajaran bahasa baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka memperlihatkan peningkatan sebanyak 216 peratus pengguna-pengguna negara tersebut yang telah mula mempelajari bahasa tersebut berbanding dengan tahun lepas.
oh so NOW you’re learning mandarin
Duolingo mengatakan bahawa tinjauan yang menanyakan soalan dari manakah pengguna-pengguna baru ini mendengar tentang Duolingo, ramai yang memberi jawapan “TikTok” sebagai jawapan. Duolingo juga telah membuat jenaka tentang baru mahu mempelajari bahasa Mandarin kerana peningkatan pendaftaran pengguna pada kedua-dua aplikasi mereka dan juga Xiaohongshu.



