Xiaomi 12 Lite: Maklumat penjualannya di Malaysia

Digital
19 Aug 2022 • 7:45 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Xiaomi 12 Lite adalah pengganti kepada Xiaomi 11 Lite 5G NE yang dilancarkan pada tahun sudah. Harganya pun nyata lebih tinggi walaupun menggunakan SoC yang serupa. Tapi model lebih baharu bawakan beberapa naik taraf seperti panel berkadar segar semula tinggi, bateri besar, dan kamera lebih baik.

image is not available
Xiaomi 11 Lite 5G NE sewaktu dilancarkan dulu

Harga Xiaomi 12 Lite di Malaysia

Tempahan untuk memiliki Xiaomi 12 Lite berlangsung antara 19 hingga 26 Ogos 2022. Beriktu adlaah harga jualannya:

  • RAM 8GB + Storan 128GB RM1,699
  • RAM 8GB + Storan 256GB RM1,899

image is not available

Ada promosi berlangsung antara tempoh tempahan awal. Paling menarik adalah anda akan terima rebat RM100 sewaktu membeli. Bermakna, anda perlu bayar harga lebih rendah berbanding harga jualan kalau anda dapatkan telefon ini dalam tempoh promo.

Manfaat seterusnya adalah hadiah percuma dalam tempoh promo.

Pembelian dalam talian akan membolehkan anda teirma seunit Redmi Buds 3 Lite manakala pembelian di kedai fizikal akan menyediakan hadiah Mi Body Composition Scale 2, Xiaomi Shoulder Bag, dan Xiaomi Sports Water Bottle.

Spesifikasi Xiaomi 12 Lite

Xiaomi 12 Lite tampil menggayakan panel paparan sebesar 6.55". Panel AMOLED itu memaparkan imej pada resolusi FHD+ dan pada kadar segar semula setinggi 120Hz. Untuk keselamatan, panel tersebut dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 5.

image is not available

Atas papan utama, telefon ini dipacu SoC Qualcomm Snapdragon 778G. Cip tersebut bergandingan bersama RAM LPDDR4X seluas 8GB dan pilihan storan sama ada 128GB ataupun 256GB. Sejurus keluar kotak, telefon ini menjalankan sistem operasi Android 12 yang berselaput MIUI 13 hasilan Xiaomi sendiri.

image is not available

Di jabatan pengimejan, anda beroleh trikamera belakang. Kamera utamanya memanfaatkan sensor Samsung HM2 108MP bersama-sama lensa berbukaan apertur F1.88. Dua kamera lain adalah kamera ultralebar 8MP F2.2 dan satu lagi kamera makro F2.4. Di bahagian depan, di bahagian dahi berlubang, anda diberikan kamera 32MP untuk galas tugasan selfie.

image is not available

Menyalakan segala kelengkapan telefon ini adalah sistem bateri berkapasiti 4,300mAh. Tangki ini diisi menerusi pengecas 67W yang katanya boleh diisi penuh daripada sifar dalam masa 41 minit. Xiaomi turut mempromosikan teknologi AdaptiveCharge yang katanya boleh memelihara kesihatan bateri agar hayatnya tahan lebih lama.

image is not available