Xiaomi 13: Bila bukan Pro lebih baik kejadiannya

Digital
13 Dec 2022 • 10:36 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Selain Xiaomi 13 Pro, ada juga varian yang lebih mampu milik dilancarkan iaiatu Xiaomi 13. Berada pada harierki lebih rendah berbanding varian "Pro" anda jangan rasakan spesifikasinya dikorbankan dengan teruk sekali.

image is not available

Bermula dengan rupa paras, saya rasakan yang Xiaomi 13 akan lebih digemari ramai kerana ia tampil dengan rekaan seakan iPhone iaitu badan kuboid bersisi tanjam berbanding sisi melengkung pada varian Pro.

image is not available

Di bahagian muka, telefon ini dilengkapi panel paparan FHD daripada jenis OLED sebesar 6.36" dengan kadar segar semula setinggi 120Hz. Kecerahan panel paparan telefon ini menyamai yang versi Pro apabila boleh eprgi sehingga 1,900nits jika diperlukan.

image is not available

Satu perkara yang menarik dengan paparan telefon ini adalah pada bingkai yang dimilikinya. Bahagian dagu yang biasanya tebal pada telefon lain, kelihatan sangat nipis hampir menyamai tiga lagi sisi, lantas menyumbang kepada paras estetika yang tinggi.

Atas papan utama, ia mengguna pakai SoC Snapdragon 8 Gen 2 sama seperti varian Pro dengan konfigurasi juga yang sama. Anda beroleh pilihan kombinasi RAM+storan seperti 8+128, 8+256, 12+256, dan 12+512. RAM dan storan masing-masing mengugnakan modul LPDDR5X dan UFS 4.0 untuk prestasi yang optimum.

image is not available

Beralih ke bahagian pengimejan, di sinilah perubahan paling ketara boleh anda lihat berbangin Pro.. Untuk kamera utama, ia mengguna pakai sensor 50MP yang lebih kecil saiz fizikal. Kemudian pengguna juga terima satu kamera ultralebar dan satu lagi kamera telefoto masing-masing memanfaatkan sensor 12MP dan 10MP.

Tangki bateri berkapasiti 4,500mAh membekalkan segala keperluan tenaga komponen elektronik yang terdapat paadanya. Ia dicas masuk mengugnakan blok pengecas 67W ataupun secara wayarles pada kadar 50W. Untuk kemudahan, ada juga fungsi mengecas keluar pada kadar 10W secara wayarles.

image is not available

Lain-lain ciri menarik yang perlu anda tahu adalah seperti kehadiran speaker stereo, pemancar inframerah, dan kekalisan debu/air pada paras IP68.

Xiaomi 13 setakat ini cuma boleh diakses pengguna di China dan berikut adalah harganya:

  • RAM 8GB + Storan 128GB CNY3,999 (RM2,531)
  • RAM 8GB + Storan 256GB CNY4,299 (RM2,721)
  • RAM 12GB + Storan 256GB CNY4,599 (RM2,911)
  • RAM 12GB + Storan 512GB RM4,999 (RM3,164)

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.