Xiaomi 13 Pro: SD8 Gen.2 dan semua yang terbaik anda inginkan

Digital
13 Dec 2022 • 6:16 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Setelah pelancarannya ditangguh tempoh hari, Xiaomi akhirnya mengumukan siri Xiaomi 13 iaitu flagship terbaharu mereka untuk tahun 2023. Setakat ini ia cuma ditawarkan untuk pasaran China dan anda boleh jangkakan keberadaannya dalam pasaran luar China seawal tahun 2023.

image is not available

Xiaomi 13 Pro kelihatan dibangunkan menggunakan asas Xiaomi 12 Pro. Di bahagian muka, telefon ini dilengkapi panel paparan 6.73" OLED 120Hz dengan resolusi 1440×3200. Tapi menurut Xiaomi, paparan kali ini lebih terang apabila boleh pergi setinggi 1900 nits jika diperlukan.

image is not available

image is not available

Antara yang menarik tentang telefon ini adalah ia antara pertama yang menjalankan sistem oeprasi MIUI 14 berasaskan Android 13.

Atas papan utama, telefon ini diperkasa SoC Snapdragon 8 Gen 2 bersama-sama kombinasi RAM+ Storan sama ada 8+128, 8+256, 12+256, ataupun 12+512. Dikhabarkan yang varian 256GB dan keatas mengguna pakai storan jenis UFS4.0. Jadi, jangkakan prestasi yang lebih baik berbanding varian 128GB.

image is not available

Di bahagian kamera, Xiaomi 13 Pro mewarisi komponen kamera utama daripada 12 Ultra. Anda boleh temukan kamera utama 50.3MP yang mengguna pakai sensor 1". Dua lagi kamera yang berdampingan dengan kamera utama adalah kamera telefoto 50MP yang berikan zum optikal sejauh 3.2 kali dan salu lagi adalah kamera ultralebar yang juga menggunakan sensor 50MP.

Satu lagi komponen dari 12 Ultra yang diterima 13 Pro adalah kamera selfie 32MP.

image is not available

image is not available

Membekalkan tenaga pada telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,820mAh dengan sistem pengecasan pantas setinggi 120W melalui penyambungan fizikal. Apabila mengecas secara wayarles, pengecasan berlaku pada kadar 50W dan ia juga boleh mengecas peranti lain secara wayarles pada paras 10W.

image is not available

Buat masa ini, Xiaomi 13 Pro hanya boleh didapati dalam pasaran China pada harga seperti berikut:

  • RAM 8GB + Storan 128GB CNY4,999 (RM3,164)
  • RAM 8GB + Storan 256GB CNY5,399 (RM3,417)
  • RAM 12GB + Storan 256GB CNY5,799 (RM3,670)
  • RAM 12GB + Storan 512GB CNY6,299 (RM3,987)

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.