Xiaomi 13 Ultra Akan Menggunakan Sensor 1″ Dengan Bukaan Lensa Boleh-Ubah

TechnologyDigital
14 Apr 2023 • 11:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Xiaomi 13 Ultra akan dilancarkan pada 18 April ini. Peranti ini dijangka akan menjadi peranti mercu fotografi terbaik di pasaran tahun 2023. Bayangkan kalau Xiaomi 13 kami katakan sebagai antara peranti Xiaomi paling sempurna apa pula Xiaomi 13 Ultra?

image is not available

Xiaomi sejak semalam telah berkongsi sedikit demi sedikit butiran kamera peranti ini di Weibo. Pertama sekali walaupun Xiaomi 13 Ultra akan menggunakan sensor 50MP 1″ Sony IMX989 yang sama pada Vivo X90 Pro dan Xiaomi 13 Pro, lensa yang digunakan adalah jenis boleh-ubah yang menyokong bukaan lensa f/1.4 ke f/1.9.

image is not available

Keempat-empat kamera belakang peranti ini adalah sensor 50MP iaitu 50MP 1″ IMX989 + 3x 50MP IMX858. Xiaomi turut memperkenalkan ciri HyperFocus yang boleh mengambil gambar dalam masa 0.8 saat sahaja.

Xiaomi turut berkongsi yang Xiaomi 13 Ultra dan Leica adalah peranti untuk penggemar fotografi lebih-lebih lagi fotografi jalanan. Peranti ini mereka dakwa akan memberi kebebasan kepada pengguna untuk menyerlah kreativiti masing-masing dengan menggunakan banyak mod Leica berbeza.