Xiaomi Pad 6 bawa pelbagai perubahan menarik, akan dilancar bersama Xiaomi 13 Ultra

Digital
14 Apr 2023 • 9:39 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Pada majlis pelancaran Xiaomi 13 Ultra kelak, pengeluar itu turut bakal mengumumkan Xiaomi Pad 6. Ia berdasarkan poster teaser yang mereka kongsikan di laman rasmi mereka bersama-sama dengan Xiaomi Smart Band 8.

image is not available

Antara perubahan yang boleh kita lihat berdasarkan satu gambar yang dikongsikan adalah seperti aksesori papan kekunci yang kini hadir bersama-sama pad sesentuh seperti sebuah magic keyboard keluaran Apple. Disebelah pad sesentuh itu pula kelihatan logo NFC yang mungkin digunakan untuk menambat telefon dengan tablet melalui fungsi khas kelak.

image is not available

Perubahan yang ketiga boleh kita perhatikan adalah kamera selfie kini diletakkan bahagian tengah dalam keadaan tablet berada dalam kedudukan melintang berbanding sebelum ini yang terletak di bahagian sisi. Kelainan keempat adalah anda boleh nampak sambungan pogo 3 pin disebelah cap Xiaomi mungiin sebagai titik sambungan bersama-sama aksesori papan kekunci.

image is not available
Xioami Smart Keyboard pada Xiaomi Pad 5

Kelainan terakhir adalah Xiaomi Smart Pen kini berwarna putih dan padanya terdapat dua butang fizikal untuk berinteraksi dengan tablet.

image is not available
Xiaomi Pad 5

Seperti biasa, maklumat spesifikasi masih belum ada namun jangkakan ia sekurang-kurangnya lebih baik daripada spesifikasi Xiaomi Pad 5 Pro yang ada ciri seperti:

  • SoC Snapdragon 860
  • Panel paparan 11" 1600 x 2560 120Hz
  • RAM 6GB, storan 128GB/256GB
  • Kamera belakang 13MP
  • Kamera depan 8MP
  • Konfigurasi kuadspeaker Dolby Atmos
  • Bateri 8,720mAh

Untuk maklumat anda, Xiaomi Pad 5 masuki pasaran Malaysia pada harga RM1,399 untuk RAM 6GB dan storan 128GB manakal RM1,599 untuk RAM 8GB dan storan 256GB. Harga seunit Xiaomi Smart Pen sewaktu dilancarkan adalah RM399.

Anda boleh ikuti pelancaran Xiaomi Pad 6, Xiaomi 13 Ultra, dan Xiaomi Smart Band 8 pada 18 April 2023 jam 7 malam waktu Malaysia.

Bacaan berkaitan