Tahun lalu kerjasama Xiaomi dan Leica dimulakan menerusi siri Xiaomi 12. Tetapi aneh sekali peranti Xiaomi 12 Ultra yang dilengkapi lensa Leica ini tidak hanya dipasarkan di China. Mengecewakan kerana ia antara peranti dengan kemampuan kamera yang paling menarik kami uji tahun lalu.
Marking another milestone for the strategic cooperation between Xiaomi and @leica_camera, and the mobile photography world.
Debuting this April, #Xiaomi13Ultra will be available in global markets in the coming months. https://t.co/ljTyEmFbGK
Xiaomi 13 Ultra akan dilancarkan secara rasmi bulan ini dan Xiaomi mengesahkan ia akan dipasarkan ke peringkat global. Pengumuman dilakukan oleh Xiaomi, Leica dan Lei Jun menerusi laman media sosial mereka hari ini. Yang diketahui setakat ini 13 Ultra akan menggunakan Snapdragon 8 Gen 2, sensor kamera 1-inci dan lensa terbaik daripada Leica.
Di Amanz kami amat teruja dengan apa yang bakal ditawarkan oleh Xiaomi pada 13 Ultra kerana pada 13 Pro prestasi kameranya sudah menakjubkan.

