Beberapa minggu lalu lukisan CAD untuk iPhone 15 Pro tertiris di China menunjukkan butang sisi aneh pada bahagian kiri di kedudukan yang sama seperti butang membisukan peranti sebelum ini. Terdapat pelbagai spekulasi mengapa bonggol besar ini wujud pada model 15 Pro sahaja. Tetapi menurut MacRumors, ini adalah kerana ia adalah butang khas multi fungsi.

Pemilik iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max boleh memprogramkan butang ini untuk membisukan peranti, menyalakan lampu suluh, melancarkan kamera dengan pantas, melancarkan aplikasi dengan pantas, mengambil tangkapan layar dan banyak lagi. Pendek kata butang multi fungsi ini adalah mirip seperti yang wujud pada Xperia Pro-I.
Pada peranti Android terdapat beberapa pengeluar telah menghasilkan peranti dengan butang sisi tambahan dan juga pengesan tekanan seperti HTC U11 misalnya. Pada peranti iPhone, sejak dari dahulu konfigurasi butangnya tidak banyak berubah. Tetapi berdasarkan lukisan CAD, butang pada siri 15 Pro akan menjalani perubahan besar sama seperti pengenalan Dynamic Island tahun lalu.
