Xiaomi 13 Ultra diumum untuk pasaran global, pelancaran dalam April 2023

Digital
7 Apr 2023 • 2:51 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Leica di saluran Twitter mereka telah menghantar satu utusan yang mengandungi petanda yang Xiaomi 13 Ultra akan tembusi pasaran global. Dalam hantaran tersebut, mereka juga berkongsikan yang telefon baharu itu akan dilengkapi dengan sistem pengimjean paling maju dan memiliki lensa Summicron paling sempurna pernah dibangunkan untuk kamera telefon mudah alih.

Xiaomi 13 Ultra adalah sebuah telefon berkelas flagship yang akan tiba dalam bulan ini dengan tarikh khusus masih belum dikongsikan Xiaomi. Berdasarkan info dan spekulasi yang berlegar-legar di dunia maya, Xiaomi 13 Ultra akan mendukung sistem kuadkamera dengan setiap satu kameranya menggunakan sensor 50MP ddalam konfigurasi kamera utama, kamera telefoto 1, kamera telefoto 2, dan kamera ultralebar.

Atas papan utama pula, tentu sekali ia akan diperkasa Snapdragon 8 Gen 2 dan panel paparan sekurang-kurangnya sepadan dengan Xiaomi 12S Ultra sebelum ini iaitu 6.7" QHD+ OLED.

Sama-sama kita nantikan ketibaan Xiaomi 13 Ultra selepas Xiaomi 12S Ultra tidak berjaya keluar daripada pasaran China tahun sudah.

Sumber: Gearrice