Xiaomi 17 Akan Dilancarkan Untuk Pasaran Global Pada 28 Februari

TechnologyDigital
23 Feb 2026 • 8:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi kini menjadualkan acara khas pada 28 Februari 2026, selari dengan Mobile World Congress untuk pelancaran telefon pintar mercu terbaru mereka, Xiaomi 17. Mengikut desas-desus sebelum ini, Xiaomi dijangka memperkenalkan Xiaomi 17 dan Xiaomi 17 Ultra untuk pasaran global.

image is not available

Kedua-dua peranti hadir dengan spesifikasi terkini berasaskan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5, dan menjadi fokus utama pada telefon pintar ini adalah kamera Leica bersama-sama dengannya, sekaligus menjanjikan kualiti rakaman tinggi bersama-sama dengannya.

Siri peranti ini sedia diperkenalkan di China sebelum ini, namun ia tidak diketahui sama ada Xiaomi akan mengekalkan penawaran spesifikasi untuk pasaran global atau sebaliknya, termasuk adakah ia akan hadir dengan bateri bersaiz besar atau tidak.

Dengan perkongsian Xiaomi terbaru ini, sama-sama kita nantikan pelancaran siri Xiaomi 17 untuk pasaran global pada 28 Februari 2026 ini.