Xiaomi 17 dan 17 Ultra Mula Menerima Kemas Kini Android 17

TechnologyDigital
16 Jul 2026 • 3:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi 17 dan 17 Ultra Mula Menerima Kemas Kini Android 17

Peranti Xiaomi 17 dan Xiaomi 17 Ultra mula menerima kemas kini Android 17 stabil hari ini. Ia menjadikan dua peranti mercu Xiaomi ini yang pertama selain siri Pixel menerima Android 17. Walaupun kemas kini Android 17 diberikan, versi pelancar masa lagi HyperOS 3 sama seperti Android 16 sebelum ini.

Image from: Xiaomi 17 dan 17 Ultra Mula Menerima Kemas Kini Android 17

Selain siri Xiaomi 17, Xiaomi 15T Pro turut menerima Android 17 tetapi hanya menerusi saluran ujian Xiaomi Pilot. Kemas kini yang pantas diterima adalah petanda baik Xiaomi lebih serius dalam menyokong perisian peranti keluaran mereka.

Difahamkan kemas kini dengan saiz sekitar 9GB boleh dimuat turun untuk menggunakan Android 17. Walaupun ia sistem operasi terkini, Android 17 tidak membawakan perubahan besar pada rekaan antaramuka. Google memberikan lebih banyak tumpuan kepada sokongan kecerdasan buatan (AI) Gemini Intelligence. Ciri ini masih eksklusif pada sesetengah model Pixel sahaja pada ketika ini.

Sumber – Ximitime

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved