Xiaomi 18 Pro Max Dan 18 Pro Versi Global Dilancarkan Dengan Kapasiti Bateri Lebih Kecil

TechnologyDigital
18 Nov 2026 • 12:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi 18 Pro Max Dan 18 Pro Versi Global Dilancarkan Dengan Kapasiti Bateri Lebih Kecil

Selepas diperkenalkan di China pada September lalu, Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max kini dilancarkan ke pasaran global sebentar tadi. Kedua-duanya mengekalkan hampir semua spesifikasi asal namun hadir dengan kapasiti bateri yang berbeza.

Image from: Xiaomi 18 Pro Max Dan 18 Pro Versi Global Dilancarkan Dengan Kapasiti Bateri Lebih Kecil

Xiaomi 18 Pro Max hadir dengan skrin utama Xiaomi Privacy Display 6.9 inci serta skrin AMOLED sekunder 2.9 inci di bahagian belakang yang masing-masing menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz. Ini dipadankan dengan cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 bersama memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB, di samping menjalankan HyperOS 4 berasaskan Android 17 yang menyokong Google Gemini serta Circle to Search.

Image from: Xiaomi 18 Pro Max Dan 18 Pro Versi Global Dilancarkan Dengan Kapasiti Bateri Lebih Kecil

Kamera peranti ini menggunakan sistem Leica Summilux yang merangkumi sensor utama 200MP, telefoto 200MP dengan sokongan OIS serta ultra lebar 50MP. Untuk swafoto dan panggilan video, Xiaomi turut menyertakan kamera hadapan 50MP dengan autofokus.

Bateri Xiaomi Silicon-Carbon berkapasiti 7,050mAh turut digunakan pada model ini dengan sokongan pengecasan berwayar 100W HyperCharge dan pengecasan nirwayar 50W HyperCharge. Sebagai perbandingan, model yang dipasarkan di China dilengkapi bateri berkapasiti 8,500mAh.

Image from: Xiaomi 18 Pro Max Dan 18 Pro Versi Global Dilancarkan Dengan Kapasiti Bateri Lebih Kecil

Xiaomi 18 Pro pula hadir dengan skrin OLED LTPO yang menyokong kadar segar semula 120Hz serta skrin AMOLED sekunder 2.7 inci di bahagian belakang. Ia dikuasai oleh cip Snapdragon 8 Elite Gen 6 dan menjalankan antaramuka HyperOS 4 berasaskan Android 17.

Sistem kameranya pula sama seperti yang ditawarkan pada Xiaomi 18 Pro Max manakala baterinya berkapasiti 6,000mAh dengan sokongan pengecasan nirwayar 50W dan berwayar 90W. Sebagai perbandingan, model yang dipasarkan di China dilengkapi bateri 7,000mAh serta pengecasan 100W.

Image from: Xiaomi 18 Pro Max Dan 18 Pro Versi Global Dilancarkan Dengan Kapasiti Bateri Lebih Kecil

Sorotan utama kedua-dua peranti ini ialah skrin sekunder di bahagian belakang yang boleh digunakan untuk paparan notifikasi dan swafoto, di samping membolehkan pengguna menghasilkan aplikasi mini menerusi arahan AI. Xiaomi turut menyertakan ciri Privacy Mode bagi membantu melindungi kandungan sensitif ketika digunakan di tempat awam.

Xiaomi 18 Pro ditawarkan pada harga bermula €1,399 (~RM6,296) manakala Xiaomi 18 Pro Max pula berharga €1,599 (~RM7,199).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved