Huawei OSTA O1 Pro Diperlihatkan Dengan Rekaan Skrin Lebar Mirip Pura X View

TechnologyDigital
17 Nov 2026 • 1:50 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei OSTA O1 Pro Diperlihatkan Dengan Rekaan Skrin Lebar Mirip Pura X View

Huawei telah membuka tempahan awal untuk OSTA O1 Pro di China yang merupakan model pertama di bawah subjenama OSTA. Berdasarkan penyenaraian di Vmall, peranti ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Starry Black, Nebula White dan Starburst Purple. Varian Starry Black dan Nebula White hadir dengan 12GB RAM serta pilihan storan sehingga 512GB. Sementara itu, varian Starburst Purple ditawarkan dengan konfigurasi lebih tinggi sehingga 16GB RAM dan storan 1TB.

Image from: Huawei OSTA O1 Pro Diperlihatkan Dengan Rekaan Skrin Lebar Mirip Pura X View

OSTA O1 Pro hadir dengan skrin rata yang dikelilingi bezel nipis serta lubang kamera di bahagian tengah atas. Pada bahagian belakang pula, peranti ini menggunakan modul kamera berbentuk kapsul yang disusun secara mendatar bagi memberikan penampilan yang lebih moden. Rekaannya mengingatkan kepada Huawei Pura X View terutama menerusi penggunaan nisbah skrin yang lebih lebar. Namun begitu, modul kameranya kelihatan lebih ringkas dengan ruang kosong yang lebih ketara di sebelah sensor kamera.

Huawei menetapkan pelancaran rasmi OSTA O1 Pro pada 20 November 2026. Harga dan spesifikasi penuhnya masih belum didedahkan namun beberapa laporan mendakwa peranti ini bakal hadir dengan skrin LTPS 6.39 inci 1.5K, cip Kirin 9030S, bateri 7,000mAh dengan pengecasan pantas 66W serta kamera utama 200MP.

Sumber: OSTA O1 Pro

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved