Xiaomi Akan Menggantikan MIUI Dengan MiOS

TechnologyDigital
10 Oct 2023 • 10:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apa ada pada nama? Dalam kes MIUI ia dilihat sebagai sebuah pelancar Android dan bukan sebuah sistem operasi dengan pelbagai ciri menarik. Terkini Xiaomi dilaporkan akan mula menggunakan sistem operasi baharu MiOS menggantikan MIUI dengan ia kini dalam fasa ujian Beta.

image is not available

Menurut Digital Chat Station, MiOS akan menyasarkan penggunaan bukan sahaja pada telefon pintar tetapi juga pada tablet, peranti boleh-pakai dan juga kereta elektrik dalam masa terdekat. Pendekatan MiOS dipercayai adalah sama seperti pendekatan Huawei menerusi HarmonyOS.

Tangkapan layar skrin MiOS juga telah dikongsi menunjukkan logo baharu sistem operasi ini. MIUI mempunyai reputasi sebagai sistem operasi yang inovatif dan nampak ringkas. Cuma isu kebiasaan yang kami hadapi dengannya ialah versi global tidak selancar versi yang dipasarkan di China. Jika MiOS mampu menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik, kami yakin kebanyakan pengguna tidak akan peduli akan nama baharu yang digunakannya kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved