Rekaan OnePlus V Fold Tertiris – Mirip Vivo X Fold2

TechnologyDigital
21 Jun 2023 • 8:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OnePlus V Fold ialah peranti skrin boleh lipat pertama daripada OnePlus dengan ia akan dilancarkan dalam masa terdekat. Ia sekadar diacah di MWC Barcelona pada Februari lalu. Dengan pelancaran semakin hampir sudah menjadi kebiasaan misteri mengenai rekaan terungkai selepas ia ditiriskan oleh OneLeaks.

image is not available

Imej pengolokan di atas menunjukkan OnePlus V Fold adalah dari jenis skrin besar seperti Z Fold4 dan X Fold2. Memandangkan OnePlus dan Vivo adalah di bawah payung syarikat yang sama, terdapat persamaan pada rekaan bonggol kamera yang besar di belakang. Kamera juga menampakkan penggunaan sistem zum periskop.

image is not available
Gambar oleh OnLeaks dan SmartPrix

Dengan ia dilancarkan pada H2 2023, ia pasti menggunakan Snapdragon 8 Gen 2 dan akan dilengkapi spesifikasi yang tinggi. Sama ada ia akan ke pasaran global ataupun tidak masih lagi misteri. Oppo Find N2 dan Vivo X Fold2 kedua-duanya pada waktu ini hanya dipasarkan di China sahaja.