Xiaomi Berkongsi Jadual Kemaskini HyperOS 4 Global – Diberikan Bermula Hari Ini

TechnologyDigital
4 Nov 2026 • 3:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Xiaomi Berkongsi Jadual Kemaskini HyperOS 4 Global – Diberikan Bermula Hari Ini

Xiaomi hari ini telah berkongsi jadual kemas kini HyperOS 4 berasaskan Android 17 untuk peranti global. Kemas kini akan mula diterima hari ini pada siri Xiaomi 17, Leica Leitzphone, siri Poco F8, Siri Poco M8, Siri Poco X8, siri Redmi Note 17 dan banyak lagi.

Image from: Xiaomi Berkongsi Jadual Kemaskini HyperOS 4 Global – Diberikan Bermula Hari Ini

Secara keseluruhan jadual kemas kini untuk 82 telefon pintar serta tablet Xiaomi, Poco dan Redmi versi global telah diterbitkan. Gelombang pertama kemas kini hari ini diikuti gelombang kedua pertengahan bulan ini dan seterusnya pada bulan Disember.

Peranti pertama Xioami yang dilancarkan dengan HyperOS 4 terpasang ialah siri Xiaomi 18 Pro yang akan ke pasaran global dalam masa terdekat. Kepada pemilik peranti dalam senarai di atas di Malaysia, adakah anda sudah menerima kemas kini seperti yang diumumkan Xiaomi?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved